Saturday, June 20, 2009

"BICARA BERSAMA HATI"

BADAN; wahai hati, kenapa kau wajud dalam diriku?
HATI; aku dicipta olehnya supaya aku sentiasa menemanimu dan menjagamu dalam semua perkara.setiap pergerakan dan keputusan mu, aku akan membantumu untuk
membuat pilihan yang mana baik dan buruk.
BADAN; tapi kenapa kadang kala kau menyakitiku?sehingga aku tidak bermaya.
HATI; kerana kau bukan manusia sempurna.kau tidak mampu menyempurnakan dirimu sepenuhnya.
BADAN; wahai hati kenapa dia muncul dalam hidupku?
HATI; kerna dia ingin memberimu sedikit kenangan.simpanlah kenangan itu jauh disudut hatimu meskipun ia pahit untukmu.
BADAN; kenapa kau sanggup timbulkan satu perasaan yang akhirnya menyeksa diriku? kau kejam hati!
HATI; wahai badan, aku tidak menduga pengakhirannya begini kerna tugas ku hanyalah untuk membahagiakanmu.
BADAN; tapi tidakkah kau tahu dia sudah memiliki kekasih saat pertama pertemuan antara aku dan dia.dan kau juga tahu bahwa dia terlalu sayang akan kekasihnya.kenapa tergamak kau membuatkan aku sayang padanya? tidakkah kau tahu tindakan kau ini hanya akan merosakkan hubungan mereka wahai hati.sehingga akhirnya aku terseksa.
HATI; janganlah kau salahkan ku wahai badan.kau yang merapatkan dirimu dengan dirinya sehingga aku dapat bermesra dengan hatinya dan akhirnya membuat keputusan untuk menimbulkan perasaan kasih sayang antara kau dan dia.aku bersatu dengan hatinya supaya kau dapat saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain.
BADAN; kau penipu wahai hati! jika benar kau telah bersatu dengannya.kenapa aku ditinggalkan?aku tidak pernah menyakiti hatinya malah aku selalu membuat yang terbaik untuknya sehingga segala masalah telah ku ceritakan padanya.aku telah memberi kepercayaan padanya.aku tahu kau tahu wahai hati kerna kau berada dalam diriku.
HATI; sabarlah wahai badan.bukan niat ku untuk menipumu.aku juga tertipu.aku tertipu dengan hatinya.hatinya telah memberi janji palsu padaku dan akhirnya dirimu yang terseksa...aku cuba untuk menimbulkan perasaan sabar dan tenang untukmu malah aku telah sampaikan pesanan pada nalurimu"wahai naluri,kau tolonglah lupakan dia,aku telah ditipu oleh hatinya,aku terluka sekali gus aku membuatkan badan terseksa" tapi.. apakan daya,sedangkan diriku juga terluka bagaimana harus nalurimu ingin melupakan nya.. maafkan ku wahai badan..
BADAN; hurm...kejamnya hatinya mebuat kau begitu wahai hati..sehingga aku menangis untukmu tiap saat dan ketika dirimu mengenang nasib..wahai hati, dulu aku penah bertanya pada kau sampai bola dirimu akan terluka? kerana kau membuatkan aku sangat terseksa.. dan kau telah menjawap"sabarlah wahai badan,ini ujian untukmu.tuhan maha adil.kau akan tahu jawapannya satu hari nanti dan bersedialah menerima jawapan itu kerna selepas itu aku akan timbulkan perasaan yang aku sendiri tidak pasti sedih atau gembira"....kini segalanya terjawap.mataku menjadi saksi segalanya,telingaku menjadi bukti.setelah mengetahui perkara sebenar..naluriku terus menyampaikan berita ini padamu dan akhirnya kau menimbulkan perasaan sakit dan sedih padaku.sehingga aku terduduk dan mataku terpejam.saat itu aku terkaku..mengalir air mataku mengenangkan nasib kita..tergamaknya mereka memperlakukan kau dan aku begini.wahai hati,perlukah aku menyuruh kau timbulkan perasaan dendam dan benci setelah apa yang mereka lakukan padaku?
HATI; janganlah kau menjadi seorang pedendam..akan ku timbulkan perasaan geram dan terpulanglah padamu untuk menjadikan geram itu sebagai dendam atau sebagai ujian dalam hidupmu.dengarlah wahai badan.dirimu ingin berkata..jadilah orang yang teraniaya daripada orang yang menganiaya..kerana tuhan sentiasa berpihak padamu.
BADAN; wahai hati,usia semudaku masih belum layak menerima ujian ini.sepatutnya kini aku sedang gembira seperti bayi yang baru mengenal dunia kerna aku baru belajar untuk mengenali hati budi dan segala perasaan yang wujud.kenapa dia memilihku sebagai mangsanya wahai hati.kenapa usia semudaku harus dipermaenkan dan dikecewakan.lantas aku menjadi fobia..
HATI; janganlah kau pertikaikan ujian allah.malah bersyukurlah karna kau adalah hambanya yang terpilih untuk menyahut ujian ini.buktikan lah pada yang esa dan sekelilingmu yang kau telah berjaya menjalani ujian yang sangat menyakitkan ini.jangan lah kau tewas hanya kerana seorang lelaki dayus memperdayakan dirimu.kuatkanlah semangatmu dan aku sedia membantu.
BADAN; mujurlah aku mempunyai sekeping hati yang mulia sepertimu.mujurlah kau seorang yang penyabar.wahai hati, aku redha andai aku adalah orng ketiga dalam hubungan mereka,aku sanggup mengundur diri kerna ku pasti dia layak untuknya.tapi kenapa mesti wujudnya orng keempat? dan org keempat itu adalah kakak angkat ku sendiri..kenapa dia begitu kejam wahai hati?ya tuhan, sekali lagi kau telah mengujiku..sehingga aku lelah memikulnya.dan syaitan terus dan terus menghasutku"wahai manusia mereka terlalu kejam untukmu,kau mesti menghapuskan mereka!mereka tidak layak hiduo bahgia" maka aku terus mengucap "astargfirullah" dan alfatihah menjadi peneman.lantas kau timbulkan perasaan sedih dan air mataku mengalir laju lagi...ya tuhan..jauhilah aku daripada syaitan..aku tidak mahu menjadi jahat.luntuhkanlah perasaan benci dan dendam itu dalam diriku.aku tidak mahu menjadi manusia kejam seperti mereka..aku dianiaya oleh sekeping hati palsu yang dulunya berpura pura menyayangiku..adakah mereka iblis yang bertopengkan manusia? andai betul..kau hapuskanlah iblis itu kerna ia terlalu berbisa untuk manusia..
HATI;sabarlah wahai badan...sabarlah... jika kau dipihak yang benar..tuhan sentiasa di sisimu..jdikanlah kejadian ini sebagai pengajaran buatmu agar kau lebih behati hati di masa akan datang..simpanlah kenangan ini kerna ia terlalu indah untukmu. walaupun noktahnya pahit untukmu.aku sentiasa disisimu dan aku akan cuba mengubati lukaku agar kau tidak terseksa lagi.bekalkanlah aku zikir munajad dan ayat suci alquran agar aku dilindungi daripada iblis yang hanya akan menghancurkan dirimu.sesungguhnya cinta pada allah adalah cinta yang paling agung.lupakanlah dia wahai badan.
BADAN; terima kasih wahai hati. akan ku cuba mengubah nasibku yang malang ini. akan ku harungi hari hari mencabar ini bersamamu......

Wednesday, June 17, 2009

WELCOME!!!


HOLAA!! anyway nie first time i wat blog.. so agak kaku dan kekkok almaklum lah bute IT sikit..


hekhekk..i start minat nie pown cos tgk akak angkt i sik maen blog jee.. so teringin plak nk join..


b4 dis pown nggak tahu tentang bende2 nie.. yelaa dok asrama dalam hutan.. dad's why bute


IT...next month pun da nak continue study..peninggg palaku cos byk sgt tawaran antaranye:




  1. politeknik sabak bernam(cos perhotelan dan katering)


  2. management & science univercity(cos komputing management)


  3. UPIM(cos bisnes manage)


  4. MSI(cos technology in production engineering)


  5. poli teach mara(cos bisnes manage)


  6. institut profesional baitumal(cos bisnes akaun)


  7. dan selabihnye.. kolej..

wich want should i choose??? pening!!!pening!!!